Ikuti Kami:

Mangu ‘Kembali’ ke Zepp Ogos Ini, Ari Lesmana Janji Eksperimen Muzik Luar Biasa

Mangu ‘Kembali’ ke Zepp Ogos Ini, Ari Lesmana Janji Eksperimen Muzik Luar Biasa

Industri muzik tanah air bakal menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Rockstage Entertainment secara rasmi mengumumkan kepulangan vokalis berjiwa besar dari Indonesia, Ari Lesmana, ke pentas berprestij Zepp Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2026.

​Konsert solo yang diberi judul “MANGU di Kuala Lumpur” ini bukan sekadar persembahan muzik rutin, sebaliknya ia merupakan sebuah manifestasi seni yang mengangkat tema ‘Mangu’ sebuah istilah yang menggambarkan keadaan seseorang yang terkesima atau tenggelam dalam lautan emosi yang dalam.

​Apa yang mencuri tumpuan dalam penganjuran kali ini adalah keberanian Ari untuk bereksperimen melangkaui sempadan muzik kebiasaannya.

Beliau bakal berkolaborasi dengan produser muzik elektronik tersohor, DJ Firza.

​Gabungan vokal lunak puitis Ari bersama sentuhan beat sofistikated DJ Firza dijangka melahirkan genre “Indie-Electronic” yang segar, sekali gus memberikan pengalaman audio-visual yang belum pernah disaksikan oleh peminat setianya di Malaysia sebelum ini.

​Menambahkan lagi seri malam tersebut, konsert ini turut menampilkan penampilan khas daripada ENAU, artis yang kini sedang meningkat naik dengan lirik-lirik jujur dan melodi yang menangkap telinga, menjadikannya pelengkap sempurna kepada naratif ‘Mangu’.

​”Kami sangat teruja membawakan Ari Lesmana dalam kapasiti solo. Beliau adalah seorang pencerita (storyteller) yang hebat. Dengan pemilihan Zepp KL, kami ingin memastikan setiap peminat merasai keintiman dan kualiti bunyi terbaik,” ujar wakil Rockstage Entertainment.

​Sokongan Terhadap Visit Malaysia 2026
​Penganjuran konsert ini juga dilihat sebagai sokongan padu terhadap kempen Visit Malaysia 2026, membuktikan Malaysia kekal sebagai destinasi utama bagi acara hiburan bertaraf antarabangsa dengan fasiliti kelas dunia seperti Zepp Kuala Lumpur.

Menyedari populariti luar biasa Ari Lesmana, tiket dijangka akan habis dijual dalam tempoh singkat.

Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket dengan segera melalui laman web www.myticketempire.com

Loading...