![Malaysia Sambut Aidilfitri Ahad](https://mdaily.gerbangcdn.com/wp-content/uploads/2020/05/23054211/ba900819e87539a69b7f94132b507b245ec7cb2dd58b7.jpg)
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 24 Mei 2020,” katanya.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.
Foto : Bernama
Komen
Loading...