Ikuti Kami:

Malaysia Catat Kes Baharu COVID-19 Terendah Hari Ini

Malaysia Catat Kes Baharu COVID-19 Terendah Hari Ini

Malaysia hari ini merekodkan hanya tujuh kes jangkitan baharu COVID-19. Ia merupakan bilangan kes terendah setakat ini dengan jumlah kes keseluruhan penularan dalam negara adalah sebanyak 8,329 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada tujuh kes baharu yang dilaporkan itu, terdapat dua kes import dan lima lagi kes penularan tempatan dalam kalangan warga Malaysia.

Dr. Noor Hisham turut menyatakan, jumlah kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 dalam negara meningkat kepada 6,694 kes dengan kadar kesembuhan 80.4 peratus, hari ini. Ia susulan, terdapat 20 lagi kes telah pulih dan dibenarkan discaj

“Seramai enam pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), satu daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.”

Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini.

Jumlah kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 117 kes iaitu 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Komen
Loading...