Malaysia Berdepan Cabaran Baharu, Kes Libatkan Warga Asing Semakin Meningkat – KP Kesihatan
- oleh Editor
- 4 tahuns lalu
Malaysia kini berdepan dengan cabaran baharu yang perlu ditangani bersama-sama apabila peningkatan terhadap bilangan kes bukan warganegara yang positif Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham berkata, perkara itu disebabkan kes import dari luar negara serta penularan wabak dalam kalangan bukan warganegara di beberapa Depoh Tahanan Imigresen dan juga dalam kalangan pekerja asing dalam pelbagai sektor di dalam komuniti.
Jangan Sisihkan, Sebaliknya Tangani Bersama
Walaupun warga asing menyumbang kepada peningkatan kes, Dr. Noor Hisham menegaskan mereka tidak harus disisih kerana kehadiran mereka sebagai pekerja telah membantu dalam memperkasa ekonomi negara.
“Oleh itu, pendekatan seluruh jentera kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga masyarakat diperlukan, agar isu ini dapat ditangani secara menyeluruh.
Majikan bertanggungjawab memberi pendidikan kepada pekerja bukan warganegara masing-masing, tentang amalan kebersihan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19,” katanya.