Ikuti Kami:

Malam Laguan Puisi: Gabungan Indah Muzik dan Puisi

Malam Laguan Puisi: Gabungan Indah Muzik dan Puisi

Malam Laguan Puisi sebuah showcase unik yang menggabungkan keindahan muzik dan puisi, bakal berlangsung pada 8 Februari 2025 di Panggung Eksperimen, ASWARA, Kuala Lumpur.

Malam istimewa ini akan menampilkan gabungan bakat luar biasa, termasuk penyanyi terkenal seperti Aqasha, Azizul Haqim, Ayu Damit, dan Leaism.

Dianjurkan oleh FB Media Ventures sebagai sebahagian daripada inisiatif Arts For All Seasons (ArtsFAS) di bawah Yayasan Hasanah dengan sokongan Kementerian Kewangan Malaysia, acara ini menjanjikan malam penuh nostalgia dan seni untuk pencinta budaya.

Menurut Pengarah Projek, Shamsul Cairel Abdul Karim, acara ini bertujuan untuk mengangkat seni puisi dan muzik ke satu tahap baru.

“Projek ini merupakan usaha untuk mencipta satu pengalaman seni yang unik melalui gabungan puisi-puisi karya Sasterawan Negara dan komposisi muzik.

“Dengan sokongan daripada ASWARA, ITBM, dan Persatuan Deklamator Malaysia, kami ingin memberi ruang kepada audiens untuk menikmati keindahan seni ini,” katanya.

Menurut Shamsul lagi, showcase ini berkonsepkan persembahan pentas yang menggabungkan nyanyian, muzik, deklamasi puisi dan penceritaan melalui layar LED.

“Elemen tradisional dari bunyian seruling dan erhu juga di masukkan melalui gubahan muzik. Namun elemen-elemen moden dari bunyian keyboards dan synthsizers juga di gabungkan untuk memberi suatu nuansa baharu kepada lagu-lagu puisi” katanya.

Turut bakal menyerikan pentas ialah pendeklamasi syair dari Persatuan Deklamator Malaysia, termasuk Shukri Abdullah, Intan Nor Saina, Azree Arifin, Ayudez Zuraina, dan Wan Yusof.

Pendeklamasi Syair, Azree Arifin membuat persembahan istimewa lagu Jentayu bersama Ayu Damit dan Leaism semasa sidang media Malam Laguan Puisi di Sentul, Kuala Lumpur.

Sebanyak 7 buah lagu baharu telah di cipta khusus buat persembahan Malam Laguan Puisi.

Antara lagu yang akan dibawakan di showcase ini adalah :-

– DIA TELAH TERBAWA ( DATUK RAHMAN SHAARI )
– MAKNA DIAM ( DATO’ BAHA ZAIN )
– MENANTI ( PROF. EMERITUS MUHAMAD HJ. SALLEH )
– BUDI ( DATO’ USMAN AWANG )
– JENTAYU ( DATO’ USMAN AWANG )
– DI PERHENTIAN BAS ( DATUK DR. ZURINAH HASSAN )
– SEPANJANG JALAN KE PULAU PINANG ( DATUK DR. ZURINAH HASSAN )
– LAUT MEMBIRU BAGAI SURAT RINDU ( DATUK DR. ZURINAH HASSAN )
– MEMURNI JANJI ( DATUK SERI A. SAMAD SAID )
– TETAMU SENJA ( DATUK SERI A. SAMAD SAID )

Tiket sudah mula dijual dengan harga RM30 untuk pelajar dan RM80 untuk umum, dan boleh dibeli melalui pautan ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam yang bakal dikenang ini!

Komen
Loading...