Ikuti Kami:

Makcik ini Terpaksa Pajak Harta, Anak Sakit, Gaji Dah Habis

Makcik ini Terpaksa Pajak Harta, Anak Sakit, Gaji Dah Habis

Kesan COVID-19 terhadap ekonomi rakyat mulai dirasai, orang ramai dilihat berpusu-pusu ke kedai pajak gadai bagi melakukan pinjaman wang tunai pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Tidak terkecuali bagi makcik ini yang ditegur seorang gadis apabila kelihatan sanggup beratur panjang untuk melakukan proses pinjaman berkenaan di sebuah kedai pajak di Taman Jubilee, Ipoh.

“Makcik kenapa hari ni jugak beratur? Tunggu esok kan boleh?”

Menurut pengguna Twitter @theiliaqilah, makcik tersebut mempunyai anak menghidap penyakit asma yang semestinya memerlukan bantuan perubatan.

Tambah gadis itu lagi, makcik berkenaan masih belum menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) oleh kerajaan dan hanya bergantung kepada pendapatan sebagai tukang cuci.

“Ada anak sakit asma. BPN belum dapat, gaji pun dah habis sebab makcik tukang cuci harian,” tulisnya.

Ramai terpaksa pajak harta pusaka

Posting berkenaan meraih ratusan tanda suka serta pelbagai reaksi warganet yang turut bersimpati dan berhasrat ingin membantu makcik tersebut namun malangnya gadis itu tidak mempunyai maklumat lanjut.

Tak ada ‘contact’ sis!

Sedihnyaaa.. Baru nak bantu

Sumber : Twitter

Komen
Loading...