Ikuti Kami:

Makcik Ini Sujud Syukur Setelah Menerima Lesen Dari Menteri Wilayah Selepas Penantian 35 Tahun

Makcik Ini Sujud Syukur Setelah Menerima Lesen Dari Menteri Wilayah Selepas Penantian 35 Tahun

Selepas menanti selama 35 tahun untuk berniaga secara sah, Minah Awang, atau lebih dikenali sebagai Che Nah terus melakukan sujud syukur setelah menerima lesen perniagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Lesen Penjaja Beredar itu diserahkan sendiri Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa di lot parkir Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara.

Sejurus menerima lesen, Minah secara spontan bersujud syukur menyebabkan Annuar tersentak dengan perbuatannya itu.

Kata Minah lagi, tidak pernah tiada hari tanpa berurusan dengan DBKL untuk memohon lesen penjaja.

“Sejak 35 tahun lalu, saya sering turun naik ke Pejabat DBKL untuk memohon lesen penjaja.

“Malah sudah lima orang Datuk Bandar silih berganti, namun alasan yang dinyatakan adalah permohonan lesen tersebut dibekukan,” katanya.

Che Nah yang berniaga nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak dan kuih-muih menyifatkan pemberian lesen perniagaan itu sebagai hadiah yang berharga selepas terpaksa menunggu dalam masa yang lama.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Annuar kerana mempermudahkan urusan permohonan lesen ini,” katanya. 

Sumber : Wilayahku

Komen
Loading...