Ikuti Kami:

Makanan Percuma Kepada Mangsa Banjir Di Kedah

Makanan Percuma Kepada Mangsa Banjir Di Kedah

Seorang peniaga kedai makanan Jamaludin Ahmad, 73, di Kampung Suka Menanti, Alor Setar mengambil inisiatif menyajikan makanan percuma kepada orang ramai khususnya mereka yang terjejas banjir di sekitar kampung itu.

Inisiatif itu diambil selepas beliau tidak dapat berniaga berikutan kedainya digenangi air sejak Rabu lalu selain ingin melakukan sedekah bagi membantu mangsa banjir.

“Sebelum banjir kami telah membeli barang untuk berniaga dengan kuantiti yang banyak, kemudian banjir melanda kawasan ini dan anak lelaki saya bertanya bagaimana untuk menghabiskan barangan yang telah dibeli.

“Sebelum itu juga cucu saya pernah hampir lemas dalam satu kejadian baru-baru ini dan anak lelaki saya mencadangkan melakukan sedekah dengan menyediakan makanan percuma untuk orang ramai sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana cucu saya itu selamat,” katanya kepada Bernama.

Beliau yang juga seorang pesara tentera berkata, selepas inisiatifnya itu tular di media sosial jumlah orang ramai yang ingin mendapatkan makanan meningkat pada semalam.

Katanya, agihan makanan akan diteruskan pada hari ini bermula 5 petang nanti dan merupakan hari terakhir beliau menyediakan makanan percuma itu.

Sumber
BERNAMA
Komen
Loading...