Ikuti Kami:

“Mak Tengok!” – Yuna Teruja Gambar Terpampang Di Billboard NYC

“Mak Tengok!” – Yuna Teruja Gambar Terpampang Di Billboard NYC

Penyanyi yang semakin menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna, kongsi rasa teruja bersama peminatnya apabila wajahnya terpampang di papan billboard di kota New York.

Turut berkongsi berita baik ini bersama ibunya dalam hantaran di laman Instagram.

“Mak tengoklah…Saya ada di seluruh NY (New York),  meraikan bulan Asian American & Pacific Islander Heritage bersama Spotify.

“Terima kasih Spotify kerana sentiasa memilih saya menjadi sebahagian daripada bulan istimewa ini. Saya sangat bangga menjadi warga Asia.

“Saya harap sangat ada di sana dan saksikan sendiri. Saya selalu terlepas peluang nak tengok papan iklan saya di New York,” tulisnya.

 

Kempen pengiklan oleh Spotify ini bagi meraikan karya-karya artis asia sempena bulan “Asian American & Pacific Islander Heritage Month”,  yang bertemakan “Our Roots. Our Sound” dimana Yuna turut tersenarai mewakili artis Asia.

 

Tinjaun di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis amat berbangga dengan pencapaiannya malah turut menitip ucapan tahniah buat penyanyi lagu Dan Sebenarnya ini.

Yuna juga pernah mewarnai lokasi ikonik, Times Square, New York selepas dipilih syarikat terkenal NASDAQ yang memaparkan ikon muzik pada November 2016.

Malah, sebuah lagi papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) turut memaparkan wajahnya bersempena pelancaran album, Rouge di lokasi yang sama tahun lalu.

Komen
Loading...