Majlis Gala Filem “Jangan Pandang Belakang Aku Tahu Asal Usulmu” Disambut Meriah
- oleh Mohd Indera
- 3 minggu lalu
GSC The Starling Mall, Petaling Jaya menjadi saksi kepada malam gala filem Jangan Pandang Belakang Aku Tahu Asal Usulmu yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang.
Acara ini dihadiri oleh rakan media, blogger, influencer, dan tetamu jemputan sebagai tanda kebangkitan semula MIG (Metrowealth International Group) dalam industri perfileman Malaysia selepas tujuh tahun menyepi.
Menurut CEO MIG, David Teo, penghasilan filem ini merupakan langkah simbolik bagi menandakan kembalinya MIG ke dalam arena perfileman tempatan selepas kejayaan terakhir mereka dengan filem Kolestrol VS Cinta.
David Teo menyatakan, tempoh ini digunakan untuk menilai pelbagai aspek sebelum kembali aktif demi menghasilkan karya yang berkualiti.
Filem ini diarahkan oleh pengarah tersohor Pierre Andre, yang terkenal dengan gelaran “King of Horror.”
Jangan Pandang Belakang Aku Tahu Asal Usulmu membawa elemen baharu dalam genre seram, menandakan kembalinya Pierre Andre selepas satu dekad menyepi dari dunia perfileman.
Filem ini bakal mencatatkan sejarah apabila ia akan ditayangkan di 14 buah negara termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, Cambodia, Vietnam, Laos, Rusia, New Zealand, Turkiye, dan Australia.
Langkah ini menjadikan Jangan Pandang Belakang Aku Tahu Asal Usulmu satu rekod baharu bagi MIG, memperluaskan pengaruh filem tempatan ke peringkat antarabangsa.
Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Alif Hadi, Khatijah Tan, Ruminah Sidek, Hafizuddin Fazil, Cat Farish, Kel Narina, dan ramai lagi.
Ceritanya mengisahkan kesinambungan saka keluarga Opah yang penuh misteri dan gangguan.
Selain filem ini, MIG juga telah menyelesaikan penggambaran untuk dua filem lain, iaitu Dajal dan Satu Malam di peDajal Citra Apartment, yang dijangka ditayangkan pada awal 2025.
Dengan tayangan ini, MIG membuktikan bahawa industri perfileman Malaysia mampu mencipta karya bertaraf dunia, memberi inspirasi kepada generasi pembuat filem akan datang.