Ikuti Kami:

Majlis Bandaraya Seremban Sita Bengkel Milik Warga Bangladesh

Majlis Bandaraya Seremban Sita Bengkel Milik Warga Bangladesh

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sita bengkel milik warga Bangladesh kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen di Taman Semarak 2, Nilai pada Khamis.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS, Hamizam Ahmad berkata, mereka dikesan menjalankan perniagaan itu sejak beberapa bulan lalu dan siasatan lanjut sedang diambil.

“Seramai empat penguat kuasa terbabit dalam melakukan rondaan dan pemeriksaan di sekitar Nilai dalam usaha mengesan warga asing yang menjalankan perniagaan.

“Daripada lebih 30 premis yang diperiksa di kawasan sekitar, kita menemui dua premis yang dikendalikan warga asing kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

“Kami tidak berkompromi dengan mereka dan tindakan menyita premis dan merampas peralatan serta merta dilakukan,” katanya di sini.

Hamizam berkata, operasi itu akan terus dilakukan dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan untuk memastikan tiada pihak mengambil kesempatan menjalankan perniagaan tanpa lesen.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya.

Foto : Majlis Bandaraya Seremban (MBS)

Komen
Loading...