Ikuti Kami:

Mad’s Karnival – Vesparudin Kembali! Lebih 2,000 Vespa Dijangka Membanjiri Kuala Lumpur

Mad’s Karnival – Vesparudin Kembali! Lebih 2,000 Vespa Dijangka Membanjiri Kuala Lumpur

Peminat skuter klasik Vespa bakal berkumpul sekali lagi dalam edisi kedua Mad’s Karnival – Vesparudin, program tahunan yang akan berlangsung di Busana Mall, Menara Mara pada 1 Februari 2025 bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Acara yang dibawakan oleh Chenta Relektro dan Mad’s Global, dengan kerjasama Vespa Club Malaysia (VCM) serta Persatuan Vespa Wilayah Persekutuan (PVWP), menjanjikan pelbagai aktiviti menarik untuk komuniti pencinta Vespa dari seluruh negara.

Menurut penganjur, lebih 2,000 motosikal Vespa dijangka memeriahkan suasana di lokasi acara, menjadikannya antara perhimpunan Vespa terbesar di Malaysia. Program Mad’s Karnival – Vesparudin ini juga bakal menjadi medan Meet & Greet bagi persatuan dan peminat Vespa.

Antara aktiviti yang akan diadakan termasuk:

– Pertandingan Show & Shine – Menampilkan Vespa tercantik
– Lumba Paling Lambat – Ujian ketangkasan dan kawalan skuter
– Cabutan Bertuah – Hadiah-hadiah menarik menanti pengunjung
– Jualan Prelove Vintage – Disertai oleh Greatfull Thrift & Collectable dari Campbell Complex
– Selain itu, acara ini akan dimeriahkan dengan persembahan band-band terkini yang akan menghiburkan pengunjung sehingga jam 11 malam.

Antara artis yang bakal membuat persembahan termasuk:

– THE SUSPECT AKA
– ACHMED X
– DJ SIR BEDOO
– JOHNY 23
– CRYO INFERNO

Orang ramai, khususnya peminat Vespa dan penggemar muzik, dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan Mad’s Karnival – Vesparudin.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perhimpunan ikonik ini.

Komen
Loading...