Madammu Bawa NOIR Ke Peringkat Global, Mula Langkah di PAUL Pavilion KL
- oleh MDaily Editor
- 1 Feb 2026 2:29 am
Jenama kecantikan tempatan, NOIR, kini mengorak langkah strategik untuk menembusi pasaran antarabangsa menerusi kolaborasi sulung bersama jenama bakeri terkemuka Perancis, PAUL.
Langkah itu bukan sahaja bertujuan mengukuhkan kedudukan NOIR di peringkat domestik, malah menjadi jambatan untuk membawa jenama tersebut setanding dengan nama-nama besar global.
Pengasas NOIR, Eriyca Baiduri Abd Rashid atau lebih dikenali sebagai Madammu, berkata kerjasama yang berlangsung sepanjang Ramadan di PAUL Pavilion Kuala Lumpur itu merupakan platform penting bagi meningkatkan profil jenama.

”Nama NOIR sendiri diambil daripada bahasa Perancis, jadi apabila PAUL mendekati kami, ia adalah satu peluang yang tidak seharusnya dilepaskan. Kita tahu PAUL adalah jenama global, dan kami berasa amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada pengalaman mereka sepanjang Ramadan ini,” katanya.
Menurut Madammu, fokus utama kolaborasi ini adalah pada aspek pemasaran strategik untuk memastikan NOIR kekal relevan dalam industri yang kompetitif.
”Pemasaran adalah keutamaan kami. Bagaimana pelanggan mahu membeli jika mereka tidak mengenali produk? Sebab itu kami memberi penekanan besar untuk memastikan NOIR terus berkembang luas, seperti PAUL yang mempunyai cawangan di seluruh dunia,” tambahnya lagi.
Ditubuhkan pada tahun 2017, NOIR kini meletakkan sasaran jualan tahunan sebanyak RM100 juta.
Sasaran ini dilihat realistik seiring dengan usaha berterusan syarikat dalam memperluaskan rantaian perniagaan dan mengukuhkan jenama dalam pasaran kecantikan premium.
Menerusi kolaborasi PAUL X NOIR, pengunjung berpeluang menikmati pengalaman gaya hidup unik yang menggabungkan elemen gastronomi dan kecantikan.

Antara tarikan utama termasuk:
French Iftar Buffet: Hidangan Perancis autentik di PAUL Pavilion Kuala Lumpur yang diolah khas untuk suasana berbuka puasa.
Edisi Khas L’Amour: Koleksi Velvet Care Lipstick oleh NOIR yang mendapat sentuhan estetika Perancis.
Sementara itu, Pengarah Urusan PAUL, Jean Pierre Erba, menyifatkan kolaborasi ini sebagai inisiatif untuk menawarkan pengalaman gaya hidup yang lebih bermakna kepada pelanggan di Malaysia.

”Bersama NOIR, kami menggabungkan seni gastronomi Perancis dengan elemen kecantikan dan ekspresi diri. Malaysia adalah pasaran penting bagi kami, dan inisiatif ini mencerminkan komitmen PAUL untuk kekal relevan dengan budaya tempatan sambil mengekalkan identiti global kami,” katanya.
Setakat ini, PAUL mempunyai lebih 750 cawangan di 45 negara, manakala NOIR terus merancang pembukaan cawangan baharu bagi merealisasikan impian menembusi pasaran luar negara dalam masa terdekat.




