Ikuti Kami:

“Macam Tongkang Pecah!” Ini Rupa Bilik Pelajar Universiti Yang Ditinggalkan Selama Lebih 3 Bulan

“Macam Tongkang Pecah!” Ini Rupa Bilik Pelajar Universiti Yang Ditinggalkan Selama Lebih 3 Bulan

“Macam Tongkang Pecah!”, itu adalah perumpamaan yang paling sesuai untuk mengambarkan keadaan bilik pelajar yang ditinggal lebih 3 bulan akibat dari wabak pandemik COVID-19.

Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah berkuatkuasa awal Mac lalu, kerajaan telah mengumumkan penutupan sekolah dan universiti di mana kesemua pelajar diarahkan untuk pulang ke kediaman masing-masing.

Menerusi perkongsian di Twitter, pelajar ini speechless apabila dia melihat barang-barang di dalam biliknya kini bersepah di atas lantai.

Bukan itu sahaja, malah seekor bangkai kucing yang telah mati juga turut dijumpai di dalam bilik berkenaan. Dia sendiri tidak pasti bagaimana kucing tersebut boleh berada di dalam biliknya itu.

Selain barang yang bersepah, stok makanan seperti roti juga sudah tamat tempoh dan berada dalam keadaan yang teruk.

Nampaknya bukan pelajar ini sahaja yang mengalami nasib ini kerana kebanyakan pelajar yang lain turut berkongsikan pengalaman yang sama. Ada juga bilik yang dipecah masuk oleh haiwan liar seperti monyet dan kehilangan beberapa barang yang disimpan di dalam loker.

Macam-macam betul dugaan pelajar-pelajar universiti kali ini. Nasib baik Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kali ini mereka diberi kebenaran untuk kemas dan bawa balik barang-barang yang ada.

Biasanya bilik kalau dah ditinggalkan terlalu lama, mesti akan diceroboh oleh haiwan liar seperti monyet lagi-lagi kampus di kawasan hutan.

Komen
Loading...