Ikuti Kami:

“Maaf Bang Saya Dah Lewat”, Takut Terlepas Waktu, Rider Foodpanda Tumpang Solat Di Kaki Lima

“Maaf Bang Saya Dah Lewat”, Takut Terlepas Waktu, Rider Foodpanda Tumpang Solat Di Kaki Lima

Walaupun dalam kesibukan bekerja, sikap seorang penghantar makanan atau ‘rider’ ini dalam mengutamakan solat mendapat perhatian ramai. Melalui perkongsian di Facebook, netizen ini memberitahu dia terkejut sewaktu melihat seorang ‘rider’ menumpang solat di koridor rumahnya.

Menurut ‘rider‘ tersebut, dia telah memberi salam beberapa kali namun tiada tuan rumah yang keluar. Disebabkan berada dalam keadaan yang tergesa-gesa, dia bergegas menunaikan solat di kawasan itu yang merupakan rumah orang tidak dikenalinya.

“Maaf bang saya dah lewat tadi.”

Menurutnya, selepas memberikan salam dia terlihat paip air yang berada di kawasan rumah tersebut. Dengan kadar segera, dia terus mengambil wuduk dan melihat kawasan koridor yang bersih untuk dijadikan tempat solatnya.

“Saya bagi salam tak ada orang tapi saya nampak ada paip air. Jadi saya pun ambil wuduk dan solat. Saya nampak lantai ni bersih dan ada ayat qursi di pintu. Jadi saya solat lah.”

Tuan rumah tersebut yang kebetulan baru pulang dari kerja terkejut melihat ada orang tidak dikenali sedang solat di rumahnya. Tetapi dia sendiri tidak kisah dan menunggu penghantar makanan itu selesai menunaikan solatnya memandangkan kiblatnya juga betul.

“Tak pe dik, kau solat lah. Kiblat kau tu pun betul. Mungkin hidayah Allah.”

Sebaik saja selesai solat, ‘rider’ tersebut segera meminta maaf kepada tuan rumah. Katanya oleh kerana sudah terlambat, dia tidak mempunyai pilihan yang lain lagi. Sikap toleransi yang baik daripada tuan rumah juga turut dipuji oleh netizen yang lain.

Komen
Loading...