
Filem terbaru Indonesia berjudul “Lyora: Penantian Dua Hati” bakal mengangkat kisah penuh emosi tentang perjuangan pasangan yang berusaha mendapatkan zuriat melalui rawatan IVF (In Vitro Fertilization) atau lebih dikenali sebagai bayi tabung.
Filem arahan pengarah terkenal Pritagita Arianegara ini diinspirasikan daripada pengalaman sebenar bekas ahli politik Indonesia Meutya Hafid yang melalui detik mencabar apabila menjalani prosedur IVF sebanyak 10 kali demi bergelar seorang ibu.
Kisah luar biasa ini mendedahkan sisi getir dan pengorbanan yang jarang dibicarakan bukan sekadar ujian fizikal tetapi juga tekanan mental emosi dan beban sosial yang terpaksa ditanggung oleh pasangan yang mendambakan cahaya mata.
Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Marsha Timothy Hannah Al Rashid Darius Sinarthrya Aimee Saras Widyawati dan Olga Lydia Lyora menjanjikan lakonan sarat emosi yang mampu menyentuh hati penonton.
Filem ini diterbitkan oleh Jarasta Enterprise Paragon Pictures dan Ideosoure Entertainment.
Menurut pihak produksi Lyora bukan sekadar sebuah filem tetapi mesej buat mereka yang berjuang dalam senyap menempuh proses mendapatkan zuriat.
“Ia adalah penghormatan buat semua wanita dan pasangan yang tidak pernah berputus asa demi impian memiliki anak” katanya.
Fenomena kisah ini turut mencuri perhatian di Malaysia memandangkan rawatan IVF semakin diterima di kalangan masyarakat.
Malah beberapa selebriti terkenal tanah air turut pernah melalui proses ini antaranya Dato’ Siti Nurhaliza Fasha Sandha Hazama dan Marsha Milan.
Lyora: Penantian Dua Hati bakal menemui penonton Malaysia bermula 18 September 2025 diedarkan oleh Horizon Film Entertainment membawa mesej bahawa setiap pengorbanan walau perit sekalipun adalah sebahagian daripada perjalanan cinta dan harapan.
Tayangan rasmi di Malaysia 18 September 2025.