Lukisan Seakan Bendera Perlis Milik Jho Low Dilelong dengan Harga RM125 Juta
- oleh Mohd Indera
- 2 bulan lalu
Satu lukisan yang dimiliki oleh usahawan kontroversi Jho Low dilaporkan akan dilelong pada harga RM125 juta.
Namun, yang menarik perhatian adalah lukisan itu hanya menggunakan dua warna, kuning dan biru, yang menyerupai bendera negeri Perlis, sehingga mengundang reaksi lucu di kalangan netizen.
Lukisan minyak bertajuk ‘Tanpa Tajuk (Kuning dan Biru)’ adalah hasil karya artis abstrak terkenal, Mark Rothko. Kemudian, ia dijual kepada mogul mewah Perancis, François Pinault, dan bilionaire Azerbaijan-Rusia, Farkhad Akhmedov, yang membelinya pada harga USD46.45 juta (kira-kira RM193 juta) pada tahun 2015.
Karya seni ini, yang dijadualkan untuk dilelong tidak lama lagi, dijangka akan menghasilkan harga antara USD30 juta hingga USD45 juta (RM125 juta hingga RM187 juta).
Selepas berita mengenai “The 1954 Untitled (Yellow and Blue)” akan dilelong, netizen mula membandingkan karya seni ini dengan bendera Perlis.
“Justice for Perlis,” tulis salah seorang netizen.
Untuk rekod, Low sedang berdepan dengan tuduhan jenayah pengubahan wang haram dan konspirasi rasuah di Brooklyn, New York, yang terlibat dalam sejarah skandal 1MDB.