Ikuti Kami:

Loudness, Kotak dan Hujan Hangatkan RiTJ 2.0 di Sarawak Cultural Village Ogos Ini

Loudness, Kotak dan Hujan Hangatkan RiTJ 2.0 di Sarawak Cultural Village Ogos Ini

Festival muzik rock terbesar di Borneo, Rock In The Jungle 2.0 (RiTJ 2.0) bakal menggegarkan Sarawak Cultural Village (SCV) selama dua malam berturut-turut pada 29 dan 30 Ogos 2025.

Antara nama besar yang akan memanaskan pentas edisi kali ini termasuklah kumpulan legenda heavy metal Jepun, LOUDNESS, band rock popular Indonesia KOTAK, serta kumpulan ikonik Malaysia, HUJAN, yang akan membuat persembahan eksklusif pada hari pertama festival.

Barisan artis yang turut menyemarakkan acara pada 29 Ogos termasuk Gigi, Kotak, HUJAN dan Flop Poppy. Hari kedua pada 30 Ogos pula menampilkan LOUDNESS, Fearless, Breathe in Ocean dan band tempatan lain dalam suasana rimba yang unik di SCV, Kuching.

RiTJ 2.0 bukan sekadar festival muzik biasa, sebaliknya membawa pengalaman menyeluruh yang menggabungkan elemen budaya, komuniti dan kelestarian alam sekitar.

“Kami bawa sesuatu yang ikonik – bukan sekadar muzik, tetapi pengalaman yang menyatukan budaya, komuniti dan misi kelestarian. SCV akan menjadi ‘rock jungle’ sebenar,” kata Nawen Nawawi, Pengarah RiTJ 2.0.

Lebih istimewa, acara Meet & Greet bersama barisan artis akan berlangsung sehari sebelum konsert iaitu pada 28 Ogos di Star on Stage (SOS), melibatkan kehadiran Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

RiTJ 2.0 dianjurkan oleh Authentic Ideas and Event Enterprise dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Lembaga Pelancongan Sarawak dan Tourism Malaysia.

Festival ini turut mendapat kerjasama rakan strategik seperti Cats FM, Grand Margherita Hotel dan beberapa penaja lain.

Tiket Rock in the Jungle (RiTJ) 2.0 kini boleh didapati pada harga promosi Early Bird iaitu RM169 untuk pas satu hari dan RM300 untuk pas dua hari bagi setiap seorang.

Tiket boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman rasmi https://tickets.pergh.asia.

Komen
Loading...