Lori Kemalangan, Orang Ramai Berpusu-pusu Bukan Tolong Tapi Mengambil Barang
- oleh Mohd Indera
- 5 tahuns lalu
Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itulah nasib seoarng pemandu lori apabila terlibat dalam 1 kemalagan di Saratok, Sarawak baru-baru ini.
Kemalangan yang melibatkan dua buah lori yang bertembung itu telah tular di media sosial kerana orang ramai yang datang bukan ingin membantu tetapi mengambil kesempatan dengan mengambil isi muatan lori itu yang bertaburan ni jalan raya.
Dalam video yang di muatnaik dia media sosial dapat dilihat orang ramai yang turut berada di tempat kejadian, berpusu-pusu mahu mendapatkan bahan mentah yang sudah berterabur keluar daripada lori.
Tidak cukup dengan itu ada segelintir yang turut memuatnaik gambar di media sosial hasil barangan daripada lori itu.
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, Nazry Mohamat berkata, lori membawa bahan binaan itu dipandu lelaki berusia 46 tahun dalam perjalanan dari Sibu ke Betong bersama dua kelindan berusia 32 dan 34 tahun.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi tadi, pemandu dan kelindan patah kaki selepas tersepit 45 minit dalam kenderaan yang remuk.
Difahamkan, pemandu patah kaki kiri manakala kelindan patah kaki kanan dan dihantar ke Hospital Saratok untuk rawatan lanjut.
Foto : Media Sosial