Ikuti Kami:

Lori bawa bateri terbakar di Lebuhraya ELITE

Lori bawa bateri terbakar di Lebuhraya ELITE

TULAR video di laman media sosial memaparkan sebuah lori dijilat api sehingga berlaku letupan kecil dipercayai di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), berdekatan Shah Alam, Selangor pada petang Selasa.

Selain itu menerusi video yang dikongsikan, kelihatan beberapa kenderaan yang melalui plaza tol Bukit Jelutong cuba mengelak daripada menghampiri lokasi.

“Allahuakbar, macam mana boleh terbakar sampai macam tu sekali,” kedengaran suara seorang wanita yang sedang panik ketika melalui tempat kejadian.

Dipercayai lori tersebut membawa muatan bateri.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.35 tengah hari.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi.

Punca kebakaran masih belum diketahui setakat ini.

Sumber
Komen
Loading...