Ikuti Kami:

LM Tree Corporate Terus Tradisi CSR, Raikan Penghuni Pertubuhan Kebajikan Nurhati

LM Tree Corporate Terus Tradisi CSR, Raikan Penghuni Pertubuhan Kebajikan Nurhati

Syarikat penyedia penyelesaian kewangan, LM Tree Corporate Sdn Bhd, meneruskan tradisi murninya melalui penganjuran Majlis Iftar Korporat dan Agihan Baju Raya bagi menyantuni 56 penghuni daripada Pertubuhan Kebajikan Nurhati.

​Program yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah di Saprah Restaurant @ Zebra Square itu menyaksikan penglibatan pelbagai rakan strategik termasuk Jakel, pasar raya Gaint, serta sumbangan daripada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta individu persendirian.

​Menurut Eksekutif Pengarah LM Tree Corporate Sdn Bhd, Muhammad Sufian Aziz penganjuran program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tersebut merupakan agenda tahunan syarikat bagi memastikan golongan kurang bernasib baik tidak dipinggirkan, terutama dalam persiapan menyambut Aidilfitri.


Eksekutif Pengarah LM Tree Corporate Sdn Bhd, Muhammad Sufian Aziz.

​”Alhamdulillah, setiap tahun kita akan mengadakan program CSR untuk berbuka puasa dengan anak-anak yatim. Untuk tahun ini, fokus kita bukan sekadar iftar, malah merangkumi keperluan asas seperti pakaian raya dan barangan dapur.

​”Kami amat berbesar hati dengan kerjasama pihak Jakel yang menyumbangkan pilihan baju raya buat anak-anak ini, selain sokongan daripada pihak Jaya dan individu PKS yang turut menyumbang barangan keperluan,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut, semalam.

​Mengulas mengenai penglibatan komuniti, beliau menambah bahawa syarikat turut menjalinkan kolaborasi strategik bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam beberapa siri inisiatif kebajikan sebelum ini.

​”Selain kerjasama dengan entiti besar, sinergi bersama UiTM dan usahawan PKS membuktikan bahawa usaha menyantuni masyarakat adalah tanggungjawab bersama.

Menerusi majlis iftar ini, kita mahu ‘menghangatkan’ lagi suasana kekeluargaan agar anak-anak ini merasai kasih sayang dan kebersamaan,” katanya lagi.

​Majlis tersebut menyaksikan seramai 56 anak yatim diraikan dengan hidangan berbuka puasa yang istimewa sebelum masing-masing menerima sumbangan baju raya dan buah tangan sebagai tanda ingatan tulus ikhlas daripada pihak penganjur.

Selain fokus kepada perniagaan teras, LM Tree Corporate komited dalam memperkasakan inisiatif sosial melalui kolaborasi bersama institusi pendidikan dan rakan industri bagi memberi impak positif kepada komuniti setempat.

LM Tree Corporate Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan memfokuskan kepada penyediaan perkhidmatan perundingan kewangan dan aktiviti sokongan kewangan lain bagi membantu pertumbuhan sektor perniagaan di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari www.lm4u.com.my

Loading...