Ikuti Kami:

Lima Warga Indonesia Ditahan, Bot Dipercayai Dibocorkan

Lima Warga Indonesia Ditahan, Bot Dipercayai Dibocorkan

National Task Force (NTF) Malaysia menahan lima pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia selepas diselamatkan daripada mati lemas selepas bot dinaiki tenggelam dipercayai dibocorkan untuk mengelak diusir berhampiran perairan Hutan Melintang, Perak.

Bot berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Bagan Sungai Burung, Selangor, sebelum pengusiran cuba dilakukan oleh kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), KM Malawali.

NTF Malaysia, berkata semasa dipantau sebuah lagi bot penguat kuasa Maritim Malaysia, Petir 80, bot nelayan berkenaan tenggelam akibat bocor.

“Krew Petir 80, menyelamatkan lima warga Indonesia terbabit selepas bot mereka tenggelam dan membawa semua mangsa terbabit ke jeti Hutan Melintang, untuk melakukan ‘swabbing test’ sebelum diserahkan kepada Tim Keselamatan Maritim Negeri Perak, pada jam 10.20 pagi.

“Pada masa ini siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebocoran sama ada akibat sengaja dibocorkan atau sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, lima warga Indonesia terbabit yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI), dibawa ke Klinik Kesihatan Setiawan, untuk ujian COVID-19, pada jam 1 tengah hari dan akan diletakkan di pusat transit sementara di Pejabat Daerah dan Tanah Manjung sehingga keputusan ujian diperoleh.

Sumber : Berita Harian.
Foto : Harian Metro.

Komen
Loading...