Ikuti Kami:

Lima Kapal Flotilla Bawa 10 Delegasi Malaysia Dipercayai Terputus Hubungan

Lima Kapal Flotilla Bawa 10 Delegasi Malaysia Dipercayai Terputus Hubungan

Sekretariat Nusantara Convoy for Charity (SNCC) memaklumkan terdapat lima buah kapal Flotilla yang membawa misi kemanusiaan, melibatkan seramai 10 delegasi dari Malaysia, dipercayai telah terputus hubungan komunikasi sejak beberapa jam lalu.

Menurut kenyataan awal SNCC, kapal yang terbabit ialah Alma, Huga, Mikeno, Inana dan Sirius, yang merupakan antara armada utama dalam misi Sumud Nusantara ke Palestin.

Delegasi Malaysia yang berada di atas kapal tersebut dikenal pasti sebagai:

Kapal Alma: Musa Nuwasyi, Iylia Balqis, Sufi Aidil

Kapal Huga: Zizi Kirana

Kapal Mikeno: Ardell

Kapal Inana: Razali Awang

Kapal Sirius: Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli, Rusydi

Kehilangan isyarat komunikasi itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan semua sukarelawan dan kru, termasuk delegasi Malaysia yang menyertai konvoi berkenaan.

Pihak sekretariat kini sedang mendapatkan pengesahan lanjut daripada pasukan operasi serta pihak berkuasa antarabangsa yang terlibat.

Misi Flotilla Sumud Nusantara sebelum ini dilaporkan membawa bekalan perubatan, makanan dan keperluan asas bagi rakyat Palestin.

Orang ramai diminta terus mengikuti perkembangan semasa melalui saluran rasmi SNCC dan pihak media.

Komen
Loading...