Ikuti Kami:

Lestari Merdeka: Melawati Mall Semarakkan Sambutan Kemerdekaan

Lestari Merdeka: Melawati Mall Semarakkan Sambutan Kemerdekaan

Melawati Mall bakal menjadi tumpuan sepanjang sambutan kemerdekaan tahun ini apabila menganjurkan program “Lestari Merdeka” bermula 22 Ogos hingga 28 September 2025 dengan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Antara acara utama yang bakal mencuri perhatian ialah Pertandingan Bercerita pada 30 Ogos, Merdeka Yoga di rooftop UP3 pada 31 Ogos, serta Recycled Costume Contest yang turut berlangsung pada hari sama.

Melawati Mall dalam kenyataan memaklumkan, program ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan ke-68, malah menggalakkan gaya hidup lestari serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Lestari Merdeka di Melawati Mall menggabungkan hiburan, seni, pendidikan dan interaksi komuniti. Kami berharap ia memberi pengalaman bermakna kepada setiap pengunjung,” katanya,.

Sementara itu, projek Community Mural akan menghimpunkan masyarakat pada 5 September sebagai simbol perpaduan dan kreativiti.

Selain itu, pengunjung juga akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan seni dan budaya seperti Persembahan Percussions (1 September) dan persembahan Balloon Artist pula akan diadakan pada 30 Ogos, 31 Ogos dan 5 September.

Bagi yang gemar aktiviti seni dan kraftangan, siri bengkel turut disediakan termasuk Creative Bottle Crafts (1 September), serta bengkel khas Craft Your Own Jalur Gemilang dan Merdeka Cookies Decorating yang berlangsung sepanjang September.

Menariknya, hujung minggu lalu Melawati Mall turut menjemput beberapa media dan pempengaruh tempatan untuk menyertai acara Batik Merdeka Art (Sabtu), Bottle Cap Mosaic Art (Ahad), selain mengadakan lawatan khas ke beberapa premis baharu di pusat beli-belah itu.

Tidak ketinggalan, Melawati Mall turut memperkenalkan promosi eksklusif “Lestari Redemptions” dari 22 Ogos hingga 30 September.

Pengunjung yang berbelanja minimum RM168 dengan maksimum dua resit pada hari yang sama berpeluang menebus Merdeka Special Edition Travel Umbrella di kaunter khidmat pelanggan, Aras 1. Penebusan ini tidak termasuk resit daripada perkhidmatan, pasar raya, ruang promosi dan pengurup wang.

Program ini dibuka kepada orang ramai secara percuma, dan pengunjung digalakkan untuk mengikuti perkembangan terkini melalui saluran media sosial rasmi Melawati Mall.

Komen
Loading...