Ikuti Kami:

“Less friends less drama” – Faezah Elai Akui Tak Ramai Kawan Rapat

“Less friends less drama” – Faezah Elai Akui Tak Ramai Kawan Rapat

Pelakon Faezah Elai mengakui bahawa dia tidak mempunyai ramai kawan kerana enggan terlibat dalam pertelingkahan yang mungkin timbul kelak.

Menurutnya, kalangan sahabat yang ada kini hanya terdiri daripada beberapa kenalan rapat yang sudah dikenali sejak zaman bangku sekolah, namun persahabatan itu memberi makna yang cukup besar buat dirinya.

“Saya rapat dengan beberapa orang saja.. tapi yang sikit itu la paling bermakna untuk saya. Less friends less drama, jadi kalangan rakan saya memang tak ramai sejak zaman sekolah,”

Faezah atau nama sebenarnya Noorfaezah Md Elai, 38, berkata dia dan teman-temannya digelar ‘geng masyarakat majmuk’ ketika di bangku sekolah kerana terdiri daripada pelbagai

Isteri kepada pengarah terkenal, Heykal Hanifah ini turut juga mengimbas kembali kenangan ketika di sekolah dan menulis mengenai tempoh persabahatan yang sudah hampir mencecah 22 tahun.

“Dulu lepak di kantin sekolah masa umur 16 tahun, sekarang ni dah 38! Rasa macam mimpi pula,”- Faezah Elai

Komen
Loading...