IKLAN

Lelong kasut peribadi, Radin berjaya kumpul RM8,090

SHAH ALAM - Penyampai radio Era, Radin Amir Effendi berjaya mengumpul RM8,090 hasil daripada lelongan amal menjual sebahagian kasut miliknya baru-baru ini.

Menurut Radin, lelongan amal itu diadakan untuk mencari dana bagi disumbangkan kepada petugas barisan hadapan.

“Alhamdulillah, selesai satu kerja hari ini, pos kasut-kasut kepada pembeli.

“20 April lepas, saya dan kawan-kawan buat lelongan amal untuk mencari dana dan 100 peratus (hasil) disumbangkan kepada petugas barisan hadapan (topeng muka dan hand sanitizer) serta sesiapa yang memerlukan ketika ini,” tulisnya di entri Instagram miliknya.

Menurutnya, lelongan pertama itu sebenarnya berjaya mengumpul RM10,075, namun ada yang tidak memberikan kerjasama menyebabkan jumlah berkurangan sedikit.

“Kebanyakannya (pembeli) memberi kerjasama yang terbaik dan ingin menghulurkan bantuan dalam projek amal Ini.

IKLAN

“Namun, ada juga yang langsung tidak memberikan respons untuk proses pembayaran. Disebabkan itu, kami terpaksa mencari pembeli baharu untuk kasut yang gagal dijual dengan harga bidaan baharu (lebih rendah),” jelasnya.

Radin juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembeli dan mereka yang menyebarkan hebahan lelongan tersebut kepada orang ramai.

“Kami bukan kaya, tapi pernah merasa tiada,” tambahnya lagi.

Netizen rata-ratanya memuji usaha murni Radin dan rakan-rakannya itu dalam menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

IKLAN

“Terbaik abang Radin. Semoga segala urusan dipermudahkan,” komen Ariff Taufiq.

“Terbaik bro,” komen pula Eddy Marzuki.

Hantaran berkenaan mendapat 3,590 tanda suka dalam masa kurang daripada sejam.

Sumber : Sinar Harian, Instagram Radin

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN