Kejadian ini bukan berlaku di negara jiran kita tetapi berlaku di Sibu, Malaysia. Kes bercinta dengan isteri orang ni bukan baru ya tetapi itulah yang berlaku dalam masyarakat kita.
Terbaru, seorang lelaki telah dibelasah dengan suami kepada seorang wanita apabila mendapati isterinya bercinta dengan mangsa.
Kejadian ini disahkan Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili yang menerima laporan daripada mangsa berusia 24 tahun pada 14 April lalu.
Satu laporan diterima daripada lelaki warga tempatan mengatakan pada tarikh sama sekitar jam 5 petang ketika menunggu bas di Jalan Pahlawan, di sini, dia didatangi tiga lelaki tidak dikenali lalu terus menyerangnya.
Mangsa dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda menuju ke sebuah rumah di Jalan Sentosa.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada mangsa berusia 24 tahun pada jam 10.29 malam, 14 April lalu.
“Satu laporan diterima daripada lelaki warga tempatan mengatakan pada tarikh sama sekitar jam 5 petang ketika menunggu bas di Jalan Pahlawan, di sini, dia didatangi tiga lelaki tidak dikenali lalu terus menyerangnya.
“Mangsa dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda menuju ke sebuah rumah di Jalan Sentosa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Disebabkan rasa marah, suspek bersama tiga lagi rakan yang masih bebas bertindak memukul mangsa dan mengugut supaya tidak mengganggu isterinya lagi.
Rakaman video kejadian ini turut tersebar di Facebook menunjukkan sekumpulan lelaki menyerang mangsa di hadapan sebuah kedai kopi berhampiran Terminal Bas di Jalan Pahlawan.