Ikuti Kami:

Lelaki Tekad Jalan Kaki Pulang ke Kelantan Jumpa Anak Isteri

Lelaki Tekad Jalan Kaki Pulang ke Kelantan Jumpa Anak Isteri

Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat segelintir daripada kita mula berhadapan dengan masalah ekonomi sehingga terpaksa cuti tanpa gaji, malah ada yang sehingga dibuang kerja.

Begitu juga dengan kisah yang tular baru-baru ini di Facebook, apabila seorang isteri meluahkan rasa risau setelah suaminya tekad pulang dari KL ke Kelantan dengan hanya berjalan kaki.

Sebulan dah tak keje
Menerusi hantaran di Facebook, Sara Anisa, suaminya difahamkan telah hampir sebulan tidak bekerja, malah suaminya terpaksa keluar dari rumah sewa berikutan sudah tiada wang lagi untuk meneruskan kehidupan di KL.

Dua hari lagi sampai la
Dia terpaksa berhenti sebentar di Mydin Amanjaya, untuk berehat sebelum memulakan semula perjalanan untuk pulang ke kampung, mengikut jangkaan masa dalam dua hari untuk sampai ke Kelantan.

Tolonglah sahabat semua
Dalam pada itu, seorang kenalan meminta jika ada orang yang terserempak dengan lelaki ini, sudilah menghulurkan bantuan atau boleh menghubungi terus menerusi nombor telefon diberikan.

Diharapkan ada yang sudi menghulurkan bantuan kepada lelaki ini, agar dapat membantunya pulang ke kampung berjumpa keluarga tercinta.

Sumber : Sara Anisa & Matnoe Poksu Din

Komen
Loading...