Lelaki Tak Siuman Buat Kecoh Depan Rumah Siti Nurhaliza – “Dia Pernah Tunjuk Kemaluan!”
- oleh Mohd Indera
- 4 tahuns lalu
Khamis lalu, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memuat naik sebuah status di IG stories yang mengatakan bahawa rumahnya telah didatangi seorang individu tidak siuman dan telah bertindak melakukan kekecohan.
Dalam status Datuk Siti atau lebih mesra dipanggil Tokti, lelaki berkenaan merupakan individu sama yang pernah dipenjarakan akibat berkelakuan tidak senonoh, beberapa tahun lalu.
Namun begitu, tidak pula diceritakan secara lanjut apa jenis gangguan yang diterimanya kali ini.
“Tolong! Macam mana nak buat? Ingat tak orang tak siuman yang pernah buat kacau di rumah saya dulu?”
“Menjerit-jerit depan rumah..help! help! polisss @pdrmsia_official..”
Sebagai rekod, lelaki berkenaan pernah didakwa dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan selepas dilaporkan menunjukkan kemaluannya hadapan pembantu rumah penyanyi itu pada tahun 2015 yang lalu.
Lelaki itu disyaki merupakan seorang duda dan juga penganggur. Dia juga dilaporkan pernah cuba datang beberapa kali ke rumah selebriti tersebut yang terletak di Bukit Antarabangsam Ampang, Selangor dengan tujuan yang sama.
Sumber: mStar Online.
BACA : Siti Nurhaliza Dedah Kisah Nyanyian Sumbang 3 Tahun Lalu