Ikuti Kami:

Lelaki Ini Dibidas Selepas Bandingkan Amelia Henderson Dengan Wany Hasrita

Lelaki Ini Dibidas Selepas Bandingkan Amelia Henderson Dengan Wany Hasrita

Heboh di twitter selepas seorang lelaki muat naik satu posting membandingkan Amelia Henderson Dengan Wany Hasrita dengan menggunakan ‘caption’ ‘Apa yang lelaki suka’ & ‘Apa lelaki mahukan’.

Perkongsian lelaki itu seolah-olah menyatakan bahawa lelaki menyukai wanita seksi seperti Amelia tetapi mereka mahukan wanita sopan seperti Wany Hasrita.

Tidak hanya berdiam diri, Amelia tampil membidas perkongsian lelaki itu. Amelia berkata lelaki yang berfikiran seperti itu tidak akan mendapat apa-apa pun.

Malah, Amelia turut mempersoalkan bagaimana lelaki tersebut boleh menentukan wanita mana yang harus dipilih oleh lelaki. Amelia turut bertanya adakah lelaki berkenaan berhak untuk mempengaruhi cara berpakaian wanita berdasarkan

Dalam pada itu menerusi komen dari netizen, ramai dilihat menyokong ‘reply’ dari Amelia.

Sebut sahaja nama Amelia Henderson, pasti ramai tahu pelakon dan model itu sangat sinonim dengan pakaiannya yang agak seski dan ‘daring’. Bagaimanapun, Amelia tidak kisah dengan kecaman netizen tentang penampilannya.

Komen
Loading...