Ikuti Kami:

Lelaki Diekori ‘Mamat’ Warga Asing Dari Stesen TBS, Tersenyum-Senyum Pandang Atas Bawah

Lelaki Diekori ‘Mamat’ Warga Asing Dari Stesen TBS, Tersenyum-Senyum Pandang Atas Bawah

Seorang lelaki menceritakan detik cemas dilaluinya ketika menjadi mangsa diekori oleh lelaki warga asing ketika menaiki pengangkutan awam baru-baru ini.

Menerusi Twitter, lelaki tersebut berkongsi beberapa video yang sempat dirakam olehnya ketika berdepan dengan lelaki dipercayai berasal dari Bangladesh terbabit di dalam tren.

Ujarnya, dia baru sampai dari Pahang selepas selesai menduduki peperiksaan dan ketika berada di stesen LRT Bandar Tasik Selatan lelaki warga asing tersebut mula mengekorinya.

Tambahnya, ketika itu tidak ramai penumpang berada di dalam tren dan dia yang berada dalam ketakutan memilih untuk tidak duduk sebaliknya berdiri di sudut tepi.

Bagaimanapun, lelaki warga asing tersebut sanggup berdiri berdekatan dengannya sambil memandangnya atas dan bawah dengan wajah yang tersenyum.

Aku tak duduk aku berdiri tapi dia tetap ke tempat aku. and pandang aku atas bawah. and dia nak mendekat aku terus berundur. dalam train bahagian aku ni ada 4/5 orang je.

Meskipun ketika mangsa memberanikan diri untuk bertanya, lelaki warga asing itu dilihat tidak menutup wajahnya malah tetap tersenyum dengan lirik mata yang gatal.

Apabila tiba di stesen Salak Selatan, mangsa terus berlari ke arah polis bantuan yang sedang bertugas dan meminta pertolongan. Dia memaklumkan telah diekori oleh seorang lelaki di dalam tren.

Polis bantuan itu kemudian menemaninya di dalam tren untuk memastikan mangsa selamat sehinggalah ke stesen terakhir, stesen LRT Ampang.

Lelaki itu turut berterima kasih kepada polis bantuan tersebut kerana banyak kali bertanya untuk memastikan dirinya baik baik sahaja selain turut bertanya jika mangsa mahu ke balai polis.

Good job kepada abang PB ini. Dia sangat membantu saya dan memastikan saya okay. Banyak kali tanya okay ke tak nak balik, nak ke balai polis ke apa semua.

Dalam pada itu, rata-rata warganet yang membaca perkongsiannya menyarankan agar mangsa membuat laporan polis apatah lagi dia mempunyai bukti video dan wajah si pelaku.

Komen
Loading...