Ikuti Kami:

Lelaki cedera terkena benang di SUKE buat laporan polis

Lelaki cedera terkena benang di SUKE buat laporan polis

AMPANG: Seorang lelaki yang mendakwa dagunya cedera akibat terkena benang yang melintang di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) selepas susur keluar Taman Kosas menghala ke Tol Bukit Teratai, telah membuat laporan polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki itu hadir membuat laporan polis di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 10.21 pagi.

“Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan terperinci berkaitan kes itu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan pemilik akaun X yang dikenali sebagai MuasRosdi akan tampil membuat laporan pada Rabu.

Dia turut memaklumkan pihak SUKE juga sudah menghubungi dan mengambil keterangan berkaitan kejadian itu serta berharap rondaan untuk semak keadaan jalan dapat diperbanyakkan selepas ini.

Sebelum ini tular satu paparan berkaitan insiden di laman sosial.

Paparan tersebut menunjukkan seorang individu yang menyatakan bahawa dagunya terkoyak akibat terkena benang yang melintang di jalan tersebut pada jam 6.30 petang, Isnin.

Sumber
Sinar Harian
Komen
Loading...