Ikuti Kami:

Lee Soo-Hyuk Bakal Temui Peminat Di Pavilion KL

Lee Soo-Hyuk Bakal Temui Peminat Di Pavilion KL

Tonton terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai platform penstriman nombor satu negara apabila tampil dengan kejutan istimewa buat peminat K-Drama tempatan.

Sempena tayangan eksklusif drama thriller Korea terbaharu ‘S Line’, Tonton bakal membawa bintang popular Korea, Lee Soo Hyuk, bertemu peminat secara langsung di Pavilion Kuala Lumpur pada 16 Julai 2025 ini (Rabu).

‘S Line’, sebuah drama thriller fantasi penuh misteri yang kini hangat mencetus fenomena di Korea dan seluruh Asia, boleh ditonton secara eksklusif dan serentak dengan Korea menerusi platform Tonton bermula 11 Julai 2025, setiap Jumaat jam 10 malam.

Kehadiran Lee Soo Hyuk ke Kuala Lumpur menjadi pelengkap kepada usaha mempromosikan siri ini, sekali gus membuktikan komitmen Tonton dalam menawarkan kandungan antarabangsa bertaraf dunia kepada penonton Malaysia.

Lee Soo Hyuk yang terkenal dengan wajah maskulin, gaya fesyen ikonik dan aura penuh misteri, bukan sekadar pelakon beliau juga merupakan model antarabangsa dan antara figura paling digilai dalam dunia K-Drama. Kali ini, peminat berpeluang melihat karisma pelakon tersebut secara LIVE di hadapan mata.

Acara bertemu peminat ini akan berlangsung di Concourse Utama, Pavilion KL bermula 3.30 petang hingga 7.30 malam menerusi Galaxy Unfolds Roadshow hasil kolaborasi strategik antara TV3, Tonton dan Samsung Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik menanti termasuk sesi interaksi bersama Lee Soo Hyuk, persembahan istimewa serta sesi foto eksklusif bersama sembilan peminat bertuah yang memenangi peraduan anjuran Samsung Malaysia.

Sebagai permulaan, peminat juga boleh menyambut ketibaan Lee Soo Hyuk di KLIA1 pada 15 Julai, jam 4.50 petang dengan liputan eksklusif di platform digital TV3 dan Tonton.

Tonton bukan sekadar menayangkan ‘S Line’ secara eksklusif malah turut membawa pengalaman tontonan lebih dekat kepada peminat menerusi acara fizikal yang dinanti-nantikan ini.

Ia sekali gus membuktikan komitmen Tonton dalam memperkasakan lagi kandungan hiburan antarabangsa khusus buat pencinta K-Drama tempatan.

Muat turun aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my sekarang untuk menonton ‘S Line’ secara eksklusif dan jangan lepaskan peluang untuk bertemu Lee Soo Hyuk LIVE di Pavilion KL, 16 Julai ini

Foto Oleh: Sure Magazine.

Komen
Loading...