Ikuti Kami:

Lebih 13,000 Pelajar PTTI Catat Peningkatan Cemerlang, RM500 Menanti Pelajar Straight A

Lebih 13,000 Pelajar PTTI Catat Peningkatan Cemerlang, RM500 Menanti Pelajar Straight A

PTTI Group Sdn Bhd terus membuktikan komitmennya dalam memperkasakan pendidikan negara apabila seramai 13,469 pelajar di bawah bimbingannya mencatat peningkatan prestasi ketara dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Majlis penghargaan yang berlangsung di Bangi Golf Resort semalam turut menyaksikan pengumuman insentif khas bernilai RM500 kepada pelajar PTTI yang berjaya meraih keputusan Straight A, sebagai pengiktirafan atas usaha gigih mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Puan Siti Farhana Abu Osman, pencapaian pelajar ini adalah hasil pendekatan berstruktur dan sokongan menyeluruh yang ditawarkan oleh PTTI sepanjang tahun.

“Ramai ibu bapa mahu bantu anak mereka, tapi tak tahu bagaimana. Di PTTI, kami telah membangunkan platform pendidikan yang terbukti membantu pelajar mencapai keputusan cemerlang, walaupun sebelum ini mereka gagal,” katanya.

Tahun 2024 menyaksikan lebih 179,000 pelajar di seluruh negara mendapat manfaat daripada program PTTI, termasuk kelas percuma, seminar, sesi bimbingan akademik, dan program motivasi.

PTTI turut menjelajah ke lebih 300 sekolah melalui siri School Tour, selain melaksanakan lebih 10 sesi Roadtour SPM di beberapa negeri terpilih.

Sebagai tambahan, PTTI turut melancarkan Seminar Gelombang G ke Straight A PTTI, iaitu seminar dalam talian selama 5 hari bermula 24 hingga 28 April 2025 khas untuk calon SPM Batch 08. Penyertaan ke seminar ini adalah percuma, dan boleh didapati di laman rasmi PTTI.

Majlis penghargaan turut dimeriahkan dengan kehadiran artis popular Nabila Razali dan Bella Astillah yang hadir menyuntik semangat kepada para pelajar dengan kisah inspirasi mereka.

Pelajar yang layak boleh membuat tuntutan insentif RM500 serta mendapatkan konsultasi pendidikan secara percuma menerusi laman web www.ptti.my.

Komen
Loading...