Ikuti Kami:

‘Lebaran Klasika Raya’ di 168 Park Mall Imbau Memori Aidilfitri

‘Lebaran Klasika Raya’ di 168 Park Mall Imbau Memori Aidilfitri

Suasana sambutan Aidilfitri tahun ini di 168 Park Mall terasa lebih bermakna dan menyentuh jiwa apabila pusat beli-belah itu membawakan tema ‘Lebaran Klasika Raya’, yang membawa pengunjung kembali meniti memori nostalgia sambutan perayaan zaman dahulu.

Bermula 6 Mac hingga 30 Mac ini, pusat beli-belah yang terletak di Jalan Kuching ini berubah wajah dengan hiasan vintaj yang membangkitkan semangat “Raya lama”, sekali gus menyediakan latar belakang foto yang indah buat seisi keluarga untuk mengabadikan momen bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif 168 Park Mall, Encik Edward Lum, berkata pemilihan tema tersebut bertujuan untuk meraikan keaslian tradisi masyarakat Melayu dalam menyambut Syawal, di samping memberi kelainan buat pengunjung.

“Kami ingin pengunjung merasai semula nostalgia suasana Raya klasik yang penuh dengan kehangatan kekeluargaan. Melalui dekorasi dan aktiviti yang disediakan, kami berharap ia dapat menggamit kenangan manis, terutamanya bagi generasi muda untuk merasai keindahan tradisi silam,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen, hari ini.

Bagi memeriahkan lagi suasana, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sepanjang tempoh kempen.

Pengunjung yang berbelanja minimum RM168 dalam satu resit berpeluang membawa pulang ganjaran eksklusif seperti sampul Raya rekaan khas, beg rotan tradisional, atau set teko elegan yang sememangnya sinonim dengan tradisi hidangan air di kampung.

Selain itu, selari dengan semangat berkongsi rezeki, 168 Park Mall turut melancarkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Kongsi Rezeki’ dengan kerjasama Maaedicare, Village Grocer dan TheLOT Associates.

Inisiatif ini menggalakkan pengunjung menyumbang barang keperluan asas untuk disalurkan kepada pesakit Yayasan Amal Maaedicare dan keluarga terpilih di sekitar Lembah Klang.

Bagi mereka yang ingin merasai kehangatan ‘Lebaran Klasika Raya’, kunjungan ke 168 Park Mall pastinya menjanjikan pengalaman membeli-belah dan beraya yang tidak dapat dilupakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi sepanjang kempen, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.168parkmall.com atau mengikuti media sosial rasmi 168 Park Mall.

Foto Oleh: Papadin.

Loading...