Ikuti Kami:

Lavvanya X MyeongDong Topokki: Lip Oil 5 Dalam 1 Tarikan Baharu Dunia Kecantikan Tempatan

Lavvanya X MyeongDong Topokki: Lip Oil 5 Dalam 1 Tarikan Baharu Dunia Kecantikan Tempatan

Jenama kecantikan tempatan Lavvanya Beauty menarik perhatian ramai dengan pelancaran produk baharu mereka yang diberi nama Seoulful Shine Lip Nectar.

Pelancaran ini dibuat hasil kerjasama bersama restoran popular Korea MyeongDong Topokki di IOI City Mall Putrajaya.

Produk lip oil ini menjadi tumpuan kerana menggabungkan lima warna dalam satu tiub. Ia mengandungi bahan penjagaan kulit seperti tocotrienols, tocopheryl acetate dan shea butter.

Bahan ini membantu melembapkan bibir, memberi kesan berkilat dan tahan lama walaupun selepas makan. Lip oil ini juga sesuai digunakan selepas menikmati makanan pedas kerana ia membantu mengurangkan rasa tidak selesa di bibir.

Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran dua selebriti terkenal Zulin Aziz dan Cinta Ayuni serta pempengaruh jurusolek tempatan.

Antara pempengaruh jurusolek tempatan yang dijemput bagi meraikan pelancaran produk ini.

Menurut Muhammad, Pegawai Perhubungan Awam Lavvanya, gabungan produk kecantikan dan makanan Korea adalah satu idea yang segar dan unik.

“Lip oil ini bukan saja cantik tapi juga berguna. Ia tahan lama, tak mudah hilang bila makan dan boleh bantu kurang rasa pedas. Lima warna dalam satu tiub juga sangat praktikal,” katanya.

Muhammad turut menjelaskan bahawa Lavvanya mahu terus bekerjasama dengan jenama tempatan sebagai cara untuk memperkuatkan kedudukan di pasaran.

“Kami percaya jenama tempatan perlu saling bantu. Dengan kolaborasi macam ini, kami boleh tarik lebih ramai pengguna yang sukakan gaya hidup moden.” katanya

Pelakon, Zulin Aziz, yang berkolaborasi dengan Lavvanya untuk set kening dan minyak wangi, berkata Lavvanya sentiasa mendengar dan memenuhi kehendaknya.

“Lavvanya ini produk yang sangat bagus, dia pengilang yang boleh mengeluarkan cita rasa saya. Kalau saya nak warna biru, kuning atau hijau, mereka akan buat. Saya suka kerja dengan Lavvanya sebab mereka kreatif dan ada pasukan yang kuat,” katanya.

Pelakon, Cinta Ayuni pula berkata dia mula mengenali Lavvanya selepas diperkenalkan oleh Zulin. Katanya, produk Lavvanya sangat lengkap.

“Saya suka sebab semua ada dalam Lavvanya. Dari rambut, muka, badan, pewangi semua cukup. Itu yang buat saya terus sokong jenama ini.” katanya.

Lavvanya juga merancang lebih banyak kerjasama dengan pempengaruh jurusolek bagi memperluas pasaran dan jualan mereka.

Produk Seoulful Shine Lip Nectar kini boleh dibeli dengan harga asal RM49 tetapi sempena pelancaran ini ditawarkan pada harga promosi RM45. Ia boleh didapati di laman web rasmi Lavvanya, TikTok Shop serta di acara pop-up di seluruh negara.

Keistimewaan Seoulful Shine Lip Nectar

  • Lima warna dalam satu tiub
  • Melembapkan dan melindungi bibir
  • Kesan berkilat dan tahan lama
  • Tidak mudah hilang walaupun selepas makan
  • Dihasilkan di Malaysia, mematuhi piawaian GMP dan HALAL

Lavvanya yang ditubuhkan pada tahun 2021 diasaskan oleh Taevin Teh, selaku Pengarah Urusan Lavvanya Beauty dan Toms Wu, Pengarah TCT Nutraceuticals yang juga pengilang rasmi Lavvanya. Jenama ini berkembang pesat dalam industri kecantikan tempatan dengan kelebihan memiliki kilang sendiri.

Pada awal penubuhannya, Lavvanya memberi tumpuan kepada produk penjagaan kulit menggunakan air mineral kaya silika dari Langkawi Geopark. Formulasi awalnya turut diperkaya dengan tocotrienols yang dihasilkan daripada minyak sawit tempatan, bertindak sebagai vitamin E yang lebih kuat dan berkesan untuk memperbaiki dan melindungi kulit.

Antara selebriti dan pempengaruh yang pernah bekerjasama dengan Lavvanya termasuk Zulin Aziz dengan produk Eyebrow Perfect Gel dan Duo Brow Liquid Pencil, Dayana Roza dengan Hair and Body Mist, Mek Dinda dengan Moisture Glow dan Lifting Spray Mist, Fira dan Lisa dengan Lip Duo Series, Elly Arifin dengan AscendHair Booster Tonic serta Nadia Brian dengan Hydra Gloss. Kolaborasi akan datang turut melibatkan Cinta Ayuni dan Puspa Gomen.

Komen
Loading...