Lapar nak mampus, Wanita Korea Fasih Cakap Melayu Mencuit Hati Netizen
- oleh Mohd Indera
- 5 tahuns lalu
Video gelagat wanita tersebut mengadu lapar kepada suaminya dengan menggunakan bahasa pasar ‘lapar nak mampus’ dikongsi seorang pengguna Twitter sehingga menjadi tular.
Perkongsiaan video itu mendapat lebih 700,000 tontonan dan 51,500 ulang kicau di platform media sosial itu.
Wanita dalam video tersebut yang dikenali sebagai Maryam You Narae, 28, sebenarnya isteri kepada pemuda dari Kota Bahru, Kelantan, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, juga berusia 28 tahun.
Pasangan ini pernah tular sebelum ini selepas kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri pada Ogos tahun lalu.
Menurut Nik Muhammad Ryzal, dia sendiri terkejut apabila terdengar isterinya menyebut perkataan yang kedengaran agak kasar itu.
“Sebetulnya memang saya ajar tapi bukan untuk tujuan pelik-pelik sebab saya cuma translate ayat asal dalam bahasa Korea (Paegukpa Juketnae) maksudnya lapar macam nak mati.
“Tapi saya gantikan dengan mampus sebab orang kita banyak gunakan perkataan tu. Bila saya dengar dia cakap macam tu masa live dekat IG memang saya terkejutlah.
“Tu sebab saya tegur dia dalam video tu minta dia jangan sebut ayat tu depan orang ramai. Tapi saya sendiri pun tak sangka video tu dapat perhatian ramai, ” katanya
Jelas anak sulung daripada lima beradik itu, isterinya sering berinteraksi dengan peminatnya di Instagram menggunakan bahasa Melayu.
“Setakat ni dia boleh faham perkataan yang mudah. Saya pun terkejut jugalah. Dia selalu buat live video dengan follower dia.
“Dia baca komen-komen kemudian dia tanya maksud. Dia banyak belajar sendiri. Kalau ikutkan saya ajar dia tak banyak. Saya suka ajar dia benda basic.
“Benda-benda lain dia cari sendiri. Saya ada belikan buku bahasa Melayu untuk dia. Jadi ada perkataan dia tak faham dia akan buka dan cari, ” katanya yang menetap di Seoul, Korea Selatan.
Sumber : Mstar