Ikuti Kami:

Lamaran Romantis Hafiz Osman Kepada Nina Ismail Sabri

Lamaran Romantis Hafiz Osman Kepada Nina Ismail Sabri

Baru-baru ini, Hafiz Osman memuat naik sebuah video di Instagram yang memaparkan detik manis ketika dia melamar Nina Ismail Sabri.

Hafiz melamar Nina di sebuah galeri seni. Dalam video tersebut, mereka dilihat berjalan bersama sambil menikmati pameran seni di galeri itu.

“Untuk memastikan Nina tidak mengesyaki apa-apa, saya mengajaknya ke ‘pameran seni’ palsu yang diatur oleh rakan saya. Dia pernah berkata bahawa dia kurang memahami tentang seni,” kata Hafiz.

Difahamkan, Hafiz telah merancang lawatan peribadi ke galeri tersebut khas untuk Nina.

“Tanpa pengetahuannya, saya telah mengatur lawatan peribadi ini dengan cincin pertunangan disembunyikan sebagai sebahagian daripada pameran tersebut,” tambah Hafiz.

Ketika mereka berjalan melihat pameran, Nina terkejut apabila tiba di sebuah ruangan yang dipenuhi bunga dan sebentuk cincin tergantung pada bingkai dinding.

“Dari persahabatan selama 13 tahun kepada cinta seumur hidup. Di tempat yang paling tidak dijangka, dikelilingi oleh seni, karya cinta kami bermula,” ujar Hafiz.

“Nina, sahabat terbaik saya, pasangan hidup saya, selamanya—ini hanyalah permulaan bagi pengembaraan cinta terbesar kita. Saya cinta awak. #FromKawanToKahwin,” tambah Hafiz.

Untuk makluman, sebelum ini Nina pernah berkahwin dengan pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie, namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada Ogos tahun lalu.

Komen
Loading...