Lagu ‘LEMAH’ Dayang Nurfaizah Mula Raih Perhatian, Album ‘JANJI’ Habis Terjual Sebelum Pelancaran
- oleh Mohd Indera
- 2 bulan lalu
Dayang Nurfaizah, bersyukur apabila pra-pesanan untuk album terbarunya, “JANJI,” telah habis dijual sebelum tarikh pelancarannya. Sambutan luar biasa ini menunjukkan sokongan padu daripada peminat terhadap karya terbarunya.
Album “JANJI” dijangka menampilkan koleksi lagu dengan sentuhan moden dan lirik puitis, termasuk single terbaharu “LEMAH” yang ditulis dan dikompos oleh Hael Husaini.
Menariknya, “LEMAH” telah mula diputarkan di pelbagai stesen radio di seluruh negara, meskipun pelancarannya dijadualkan pada 18 Oktober 2024.
Dayang Nurfaizah menyatakan rasa teruja dan bersyukur kerana lagunya, “LEMAH,” mula diputarkan di radio, sambil berterima kasih atas sokongan stesen radio.
“Saya sangat teruja dan bersyukur apabila mendapati lagu ini telah mula dimainkan di radio. Terima kasih kepada semua stesen radio yang telah memberikan sokongan ini.”, katanya.
Dayang juga berharap lagu tersebut akan terus dimainkan dan tidak sabar untuk berkongsi album terbarunya dengan peminat.
“Saya berharap mereka akan terus memainkan ‘LEMAH’ dan membantu memperkenalkannya kepada lebih ramai pendengar. Saya juga tidak sabar untuk berkongsi album terbaru saya yang akan datang dan berharap peminat akan teruja mengenainya.”, ujurnya lagi.
Sejak pengumuman mengenai “JANJI,” media sosial dipenuhi dengan perbualan positif daripada peminat, menunjukkan betapa kuatnya sokongan terhadap kerjaya muzik Dayang. Keterujaan ini menandakan harapan tinggi peminat terhadap album terbarunya.
Sebagai seorang yang lama berkecimpung dalam industri muzik, Dayang menegaskan bahawa sokongan peminat adalah tonggak kejayaannya.
Dia berharap peminat akan terus menantikan pelancaran rasmi “LEMAH” pada 18 Oktober 2024 dan menikmati keseluruhan album “JANJI” apabila ia dilancarkan.