Ikuti Kami:

“Lafaz talak itu tamatkan 20 tahun hidup saya” – Madam Mariyah reda & bangkit dengan AURAMARIA

“Lafaz talak itu tamatkan 20 tahun hidup saya” – Madam Mariyah reda & bangkit dengan AURAMARIA

“Semalam adalah hari paling sukar bila saya kali pertama mendengar semula suara seorang lelaki yang pernah hidup bersama saya hampir 20 tahun, melafazkan talak satu. Saya sudah menunggu sejak bulan Mei hingga September dan ini adalah pengakhirannya.”

Itu luahan usahawan, Madam Mariyah Yaakob, 50, yang mengesahkan dirinya sudah bercerai talak satu dengan suaminya yang dikenali sebagai Mr. S di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, pada Selasa.

Mariyah mengakui, perpisahan itu amat memeritkan, namun beliau enggan terus tenggelam dalam kesedihan. Sebaliknya, pengalaman pahit itu dijadikan semangat untuk membina hidup baharu serta menjadi wanita yang lebih kuat dan berdikari.

Menurut Mariyah, perjalanan hidupnya tidak mudah. Beliau pernah melalui tekanan emosi sehingga hampir mengambil nyawa sendiri kerana terlalu kecewa dengan rumah tangga yang dibina.

“Saya pernah melalui fasa kemurungan yang sangat teruk hingga sanggup menelan beratus biji ubat dan terlintas untuk mengakhiri nyawa sendiri. Ketika itu, saya mengasingkan diri dan duduk dalam gelap. Namun, berkat sokongan orang sekeliling serta demi anak-anak, saya bangkit semula,”

“Dari situ lahirlah idea untuk memperkenalkan Kopi Che’lims. Kini saya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan dan belajar untuk lebih menghargai serta mencintai diri sendiri berbanding orang lain.” katanya semasa program Hi Tea Madam Mariyah yang berlangsung di Opera Cafe & Lounge, Starhill Gallery, Kuala Lumpur, hari ini.

Mariyah juga mengakui anak-anak menjadi sumber kekuatannya untuk bangkit kembali. Katanya, biarpun diuji dengan perceraian, beliau mahu memastikan masa depan anak-anak tetap terjaga.

Daripada luka dan kehilangan itulah tercetusnya jenama AURAMARIA, yang kini menjadi lambang kekuatan baharu. Produk sulungnya, Kopi Che’Lims, dengan jualan melebihi 800 karton, bukan hanya hadir sebagai minuman, tetapi juga simbol kebangkitan selepas melalui fasa hidup paling gelap.

“Dari titik paling gelap inilah sinar baharu muncul. Sokongan anak-anak, keluarga, staf dan terutama followers di TikTok jadi kekuatan untuk Madam bangkit kembali. Madam yakin setiap ujian ada hikmahnya, dan tanpa ujian itu mungkin AURAMARIA tidak akan pernah lahir,” jelasnya.

Selain Kopi Che’Lims, AURAMARIA juga menampilkan rangkaian produk lain seperti Set SirnaSari, Krim Putih Cerah serta Set Aura ‘Lotion & Soap’ yang telah dilancarkan secara rasmi di Impiana Hotel Senai, Johor pada Ogos lalu.

Selepas perceraian, Mariyah bukan sahaja menumpukan perhatian pada bisnes, malah merancang untuk membuka ruang kepada lebih ramai wanita menyertai AURAMARIA sebagai ejen dan stokis.

“Madam mahu bantu wanita yang senasib, terutama yang ditinggalkan suami tanpa pendapatan, untuk jana income sendiri. Madam nak mereka rasa ada jalan keluar, sama seperti Madam yang bangkit daripada kosong,” katanya.

Beliau turut berkongsi rancangan untuk melancarkan pejabat operasi AURAMARIA yang baharu, kini dalam proses renovasi dan bakal dijadikan pusat latihan usahawan wanita.

“AURAMARIA bukan sekadar produk kecantikan, ia simbol kekuatan wanita. Madam mahu setiap wanita di Malaysia tampil yakin, bukan sahaja dari segi luaran, tetapi juga dalaman,” tambahnya.

Beliau yang pernah digelar ‘Makcik Kemboja’ kini mahu dikenali sebagai Madam Mariyah, untuk tidak terus terperangkap dalam bayang-bayang kontroversi, sebaliknya memilih untuk bangkit dan memperbaiki diri.

Terdahulu, Mariyah Yaacob telah diceraikan oleh suaminya, Mr. S, secara langsung di media sosial TikTok pada Ogos 2025.

Komen
Loading...