Ikuti Kami:

Kurta Kita Bangsa Kita: Pelancaran Koleksi Eksklusif Adi Putra X Qalee Eksklusif

Kurta Kita Bangsa Kita: Pelancaran Koleksi Eksklusif Adi Putra X Qalee Eksklusif

Jenama fesyen tempatan, Qalee Eksklusif, dengan bangganya melancarkan koleksi istimewa, Adi Putra X Qalee Eksklusif, yang menggabungkan elemen tradisional dan moden.

Koleksi ini menampilkan rekaan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat Malaysia, selaras dengan semangat perpaduan yang diketengahkan melalui slogan “Kurta Kita Bangsa Kita”.

Pelancaran koleksi ini berlangsung dengan meriah di Hotel Pan Pacific Kuala Lumpur pada Ahad.

Acara tersebut dihadiri oleh tetamu kehormat, media, dan peminat fesyen tempatan yang teruja untuk melihat koleksi terbaru ini.

Kerjasama bersama pelakon terkenal Adi Putra turut menjadi tarikan utama, memperkukuhkan nilai eksklusif koleksi ini.

Koleksi ini menawarkan tiga rekaan utama iaitu Kurta Slim Fit, Kurta Slim Fit Kanak-Kanak, dan Kurta Straight Cut, dengan potongan fleksibel yang memberikan keselesaan maksimum.

Dihasilkan dengan kain Soft Cotton premium, kurta ini direka untuk tahan lama dan sesuai dipakai dalam pelbagai cuaca.

Pilihan warna yang neutral dan rekaan yang serbaguna menjadikannya pilihan ideal untuk sebarang acara, sama ada formal, kasual, atau keagamaan.

Harga koleksi ini bermula serendah RM89 hingga RM129, menjadikannya mampu milik tanpa menjejaskan kualiti.

Sasaran utama koleksi ini adalah semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga dewasa, dengan fokus pada menyatukan pelbagai kaum dan budaya Malaysia melalui fesyen.

Untuk memastikan kemudahan pelanggan, koleksi ini dipasarkan melalui platform digital seperti TikTok, Instagram, dan Facebook di bawah jenama Adi Putra X Qalee Eksklusif.

Ia juga boleh didapati di beberapa lokasi fizikal, termasuk Masjid India, B5 Johor Bahru, dan acara khas seperti Mega Raya di MITEC.

Pelancaran ini bukan sahaja menonjolkan keunikan budaya Malaysia, tetapi juga memberi peluang kepada pereka muda tempatan untuk terlibat dalam menghasilkan rekaan berkualiti tinggi dengan menggunakan bahan tempatan.

Ini adalah usaha Qalee Eksklusif untuk menyokong ekonomi tempatan sambil memupuk semangat bangga terhadap budaya negara.

Komen
Loading...