IKLAN

Kuliah, Solat Duha Dibenarkan Di Masjid, Surau - Ismail Sabri

Kerajaan bersetuju untuk membenarkan kuliah dan solat Duha diadakan di masjid serta surau, bermula hujung minggu ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tidak ketinggalan kelas mengaji dan fardu ain juga dibenarkan diadakan di masjid dan surau.

"Pun begitu kebenaran ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mengikut saiz dan kapasiti masjid dan surau," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya di sini, pada Rabu.

IKLAN

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, masjid dan surau juga dibenarkan mengadakan tazkirah sebelum solat Jumaat tertakluk kepada SOP yang ditetapkan bermula Jumaat ini (3 Julai).

Menurut beliau, kebenaran itu diputuskan susulan cadangan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk membenarkan aktiviti-aktiviti itu diadakan di masjid dan surau.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN