IKLAN

"Kuasa Viral " - Pasangan Warga Emas Ini Terus Dibantu Hasil Dari Hantaran Yang Tular Dia Laman Facebook

Gambar sepasang warga emas terabai yang dimuat naik dalam Facebook baru-baru sebenarnya menginsafkan orang ramai terhadap tanggungjawab menjaga kedua-dua orang tua yang melahirkan kita.

"slm semua .duduk d titi teras gunung jerai gurun kedah. blh pi tgk sendiri.tak tahu umah call sy .klu ada yg mahu menderma blh hubungi sy" tulisnya

Hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama ROME HALIM itu telah menyentuh hati orang ramai dan menerima tindakan pantas daripada pihak berkuasa tempatan.

Pasangan warga emas itu menetap di Titi Teras, Gunung Jerai, Gurun, Kedah.

IKLAN

Pihak berkuasa tempatan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah, Lembaga Zakat Kedah dibantu Jabatan Pertahan Awam bersama orang ramai telah hadir di rumah pasangan berkenaan dan mengulurkan bantuan serta membawa mereka ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Menerusi Laman Facebook Fuad Rahman, lelaki warga emas yang dikenali sebagai Pak Adam dan isterinya, dijumpai tinggal di rumah terletak di sekitar Gurun, kedah, mendapat perhatian orang ramai yang simpati melihat nasib pasangan itu.

"Alhamdullilah. Pak Adam dan isteri yang tinggal serba kekurangan di Gurun Kedah di bawa ke hospital untuk rawatan kesihatan. Beliau juga dikatakan setuju untuk pulang ke kg kelahirannya di Kelantan selepas rawatan ni. Kami doakan kesihatan Pak Adam dan isteri. Amin."

IKLAN

Kini, Pak Adam dan isterinya telah dibawa ke hospital terlebih dahulu untuk menjalani rawatan kesihatan.

Dimaklumkan juga, Pak Adam dan isteri bersetuju untuk dibawa pulang ke negeri asal mereka di Kelantan selepas selesai menjalani rawatan.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen bersyukur dan menganggap tindakan pantas ini akibat daripada "kuasa viral"

 

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN