Ikuti Kami:

“Kreatif betul warga net” – Kemeja Ismail Sabri Disamakan Dengan Kueh Mueh

“Kreatif betul warga net” – Kemeja Ismail Sabri Disamakan Dengan Kueh Mueh

“Kreatif betul warga net”. Baju saya dah jadi kueh mueh, itu reaksi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertahan di hantaran di laman Facebook beliau.

Baju batik Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menjadi bahan bualan netizen – kali ini kerana mengingatkan mereka tentang keenakan pelbagai juadah Ramadan.

“Kreatif betul warga net. Baju saya dah jadi kueh-mueh.

“Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi model kueh dan ice cream pulak,” seloroh beliau menerusi hantarannya di laman Facebook, hari ini.

Gambar rekaan rakyat memaparkan gambar beliau dan juadah yang mengikut tema baju batiknya seperti kek lapis, jus tembikai, air batu campur (ABC) dan agar-agar.

Menteri tersebut berterima kasih terhadap hantaran warganet yang mencuit hati beliau serta turut memberi ucapan ‘jenaka’ untuk seluruh rakyat Malaysia “Selamat berbuka puasa dengan kueh mueh baju saya ya.”

Hantaran tersebut telah mencapai 870 perkongsian berserta dengan lebih 600 komen positif daripada warganet.

Terbaik Dato Seri, Terhibur sangat

Pengguna Facebook Zainab Sahak memberikan komen,”Tahniah buat Datuk Seri, sebab telah menjadi model yang paling penting buat kami rakyat Malaysia, bukan sahaja untuk menu makanan tetapi juga untuk kawalan keselamatan untuk kita semua….seronok melihatnya.”

Nabillah Hamid memberi komen “Latest baju Dato, membuatkan saya teringin nak makan apam polka dot cicah teh-o panas..”

Hantaran itu turut menarik perhatian pereka fesyen dan menantu beliau, Jovian Mandagie yang kongsikan gambar-gambar tersebut di laman Instagram dengan kapsyen “Lapar sangat ye kamu semua ni?”

Komen
Loading...