Ikuti Kami:

Kool Grill Genting: Hidangan Barbeku di Puncak Awan

Kool Grill Genting: Hidangan Barbeku di Puncak Awan

Di ketinggian 6,000 kaki dari aras laut, Kool Grill kini menjadi destinasi kulinari terbaharu di Genting Skyworlds.

Dengan keunikan sajian barbeku dan masakan tempatan, restoran ini menawarkan pengalaman gastronomi yang menggabungkan cita rasa asli dengan sentuhan moden.

Terletak berhampiran pintu masuk taman tema terkenal, Kool Grill mencuri perhatian dengan reka bentuk dalaman serba putih yang moden dan suasana santai.

Lokasinya yang strategik menjadikannya tempat yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga atau kumpulan kecil sambil menikmati hidangan yang enak.

Menampilkan pelbagai hidangan panggang segar di atas api terbuka, Kool Grill membawa sentuhan unik kepada sajian tradisional dengan cita rasa fusion Timur dan Barat.

Di bawah pimpinan Ketua Chef Eksekutif, Muhamad Muhader Bin Wahi Anour atau Chef Aidil, restoran ini menyajikan menu inovatif yang direka khas untuk memikat selera pengunjung.

Antara pilihan menarik ialah Pizza Nasi Lemak Ayam BBQ yang menggabungkan udang berperisa cili pedas dan sosej ayam BBQ di atas nasi lemak wangi, dihias dengan ikan bilis, kacang tanah, dan timun segar.

Daging Tarik BBQ Cayenne di atas Roti Bakar Arang pula menawarkan daging lembut yang penuh rasa, dihidangkan dengan roti bakar rangup.

Hidangan lain seperti Tandoori Magic dengan Roti Pipih dan Pai BBQ Daging Ssamjang Korea menampilkan kreativiti Chef Aidil dalam memadukan rasa tradisional dengan elemen moden.

Semua hidangan disajikan dengan penuh teliti untuk memberikan pengalaman yang memuaskan.

Dengan semua hidangan mesra Muslim dan bahan-bahan berkualiti tinggi, Kool Grill menjadi pilihan ideal untuk pencinta makanan.

Restoran ini juga menawarkan set hidangan utama dengan minuman pada harga yang berpatutan.

Kini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari, Kool Grill akan melanjutkan waktu operasi sehingga jam 11 malam sempena Tahun Baharu Cina di Resorts World Genting dari 28 Januari hingga 16 Februari 2025.

Untuk maklumat lanjut, layari rwgenting.com atau saluran media sosial rasmi Resorts World Genting.

Nikmati hidangan barbeku yang menggoda dan suasana memukau hanya di Kool Grill Genting!

Komen
Loading...