Ikuti Kami:

Konsert Zuzuzaza: Sal Priadi Bawa Pengalaman Muzikal ke Kuala Lumpur

Konsert Zuzuzaza: Sal Priadi Bawa Pengalaman Muzikal ke Kuala Lumpur

Sal Priadi, penyanyi dan penulis lagu berbakat dari Malang, Indonesia, membawa sesuatu yang istimewa dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur kali ini.

Selepas kejayaan siri jelajah di Indonesia, beliau kini mempersembahkan konsert ‘Zuzuzaza’, yang dipuji sebagai pengalaman emosional dan artistik, ke pentas antarabangsa, termasuk Malaysia.

Lebih dari sekadar menyanyikan lagu, konsert ini adalah janji Sal untuk membawa para penggemar melintasi batas antara seni, emosi, dan kenangan peribadi.

Konsert bertajuk SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR, akan diadakan pada 13 Oktober 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

Seperti yang diungkapkan oleh Sal Priadi dalam beberapa wawancara, beliau ingin penonton menyelami dunia batinnya, di mana setiap lirik dan nada mencerminkan perjalanan jiwanya sebagai seorang artis.

Sal, terkenal dengan lirik puitis dan penuh perasaan, tidak hanya sekadar menyanyi. Setiap persembahan adalah cerita yang digubah dengan penuh emosi.

Konsert ini akan menampilkan gabungan audio visual yang direka khas untuk melengkapi pengalaman batin setiap lagu, mencerminkan visi kreatif Sal yang sentiasa mengutamakan kualiti dan keaslian.

Salah satu elemen yang dinanti-nantikan ialah cara Sal menggabungkan muzik dengan visual kreatif. Menurut Sal, visual yang disajikan selama konsert ini adalah hasil renungannya terhadap tema-tema besar seperti kreativiti, cinta, dan identiti.

Setiap lagu diiringi dengan interpretasi visual yang mendalam, memberi penonton peluang bukan sahaja untuk mendengar, tetapi juga “melihat” emosi di sebalik muziknya.

“Ini bukan hanya tentang menyanyi, ini tentang mencipta pengalaman yang autentik di mana penonton dapat merasakan apa yang saya rasakan ketika mencipta setiap lagu,” kata Sal dalam sidang media eksklusif di Kuala Lumpur.

Konsert ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah global Zuzuzaza 2024. Dalam jelajah ini, Sal mempersembahkan lagu-lagu dari album keduanya, Markers & Such Pens Flashdisks, yang dianggap sebagai salah satu karya terbaiknya.

Penggemar dapat menjangkakan hampir 20 lagu dibawakan dalam konsert berdurasi dua jam ini, termasuk hit seperti Gala Bunga Matahari.

Tiket konsert dijual dengan harga dari RM158 hingga RM4,000 untuk kategori VIP Box. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, kunjungi https://www.ticket2u.com.my/event/37404/sal-priadi-zuzuzaza-live-in-kuala-lumpur

Komen
Loading...