Konsert Rockology North Chapter Ditunda Atas Sebab Teknikal – RPM Events
- oleh Mohd Indera
- 2 hari lalu

Konsert Rockology Concert Tour 2025 – North Chapter yang dijadualkan berlangsung pada 21 Jun ini di Midtown PERDA, Pulau Pinang terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh penganjur, RPM Events Sdn Bhd, penundaan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa isu teknikal yang memerlukan perhatian segera demi memastikan keselamatan dan pengalaman terbaik kepada para peminat.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para peminat,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, RPM Events memaklumkan bahawa Rockology Concert Tour 2025 yang dijadualkan pada 5 Julai 2025 di EduCity Sports Complex, Johor akan diteruskan seperti yang dirancang. Persiapan untuk konsert tersebut sedang berjalan seperti biasa.
Konsert itu akan menampilkan barisan legenda rock tanah air termasuk Dato’ Awie dan Search (Kid Din), yang dijangka menggegarkan selatan tanah air dengan persembahan bertenaga.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Event Manager di talian 012-2439856 atau melalui e-mel [email protected].