Ikuti Kami:

Konsert Rentas Masa Ditangguh, Solidariti Untuk Mangsa Banjir

Konsert Rentas Masa Ditangguh, Solidariti Untuk Mangsa Banjir

Penganjur Konsert Rentas Masa telah mengumumkan penangguhan acara yang sepatutnya berlangsung pada 31 Disember 2024 di Zepp Kuala Lumpur ke tarikh baharu iaitu 31 Januari 2025.

Keputusan ini dibuat sebagai tanda solidariti terhadap mangsa-mangsa banjir yang terjejas di beberapa negeri di Malaysia.

Langkah ini diambil selepas mengambil kira amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai risiko gelombang kedua banjir yang berkemungkinan berlaku.

Selain mengutamakan keselamatan semua pihak, penganjur bersama artis terlibat turut ingin menunjukkan keprihatinan dan sokongan kepada komuniti yang terjejas.

Sebagai tambahan, Skuad Rentas Masa turut melancarkan misi bantuan dengan kerjasama Wings Motor Gang Society (WMGS) untuk menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir.

Inisiatif ini bertujuan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan dalam masa yang kritikal ini.

Pihak penganjur menyeru agar peminat konsert bersabar dan terus memberi sokongan kepada usaha solidariti ini. Sebarang maklumat lanjut mengenai konsert akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Komen
Loading...