Ikuti Kami:

Konsert Muzik Kita Ditunda Ke Disember Demi Penganjuran Lebih Mantap

Konsert Muzik Kita Ditunda Ke Disember Demi Penganjuran Lebih Mantap

Konsert ‘Muzik Kita’ yang dinantikan ramai terpaksa ditunda ke bulan Disember 2025 bagi memastikan mutu penganjuran berada pada tahap tertinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Hard Global Ventures, Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril Pilus berkata keputusan ini dibuat selepas menilai beberapa faktor penting yang boleh memberi kesan kepada keseluruhan pengalaman penonton dan kelancaran acara.

“Kami mahu setiap elemen dalam konsert ini termasuk susunan persembahan, sistem audio, aspek keselamatan serta keselesaan penonton ditangani dengan rapi dan profesional. Penundaan ini adalah langkah terbaik untuk menjamin kualiti keseluruhan penganjuran,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Tambah Aril, sokongan yang diberikan oleh peminat dan rakan-rakan industri amat dihargai malah pihak penganjur memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul susulan perubahan tarikh ini.

Konsert ‘Muzik Kita’ merupakan platform untuk meraikan artis dan karya muzik tempatan yang berkualiti. Penganjur bertekad memastikan konsert tersebut bukan sekadar hiburan tetapi sebuah penghargaan kepada industri muzik tanah air.

Maklumat lanjut mengenai tarikh baharu dan penebusan tiket akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kami berjanji untuk tampil dengan konsert yang lebih hebat. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda. Teruskan menyokong muzik lokal kita,” kata Aril.

Komen
Loading...