Konsert Maliq & D’Essentials di Kuala Lumpur Ditunda ke Tarikh Baharu
- oleh Mohd Indera
- 1 bulan lalu
Konsert Maliq & D’Essentials Album Tour Kuala Lumpur, yang sepatutnya berlangsung pada 29 Disember 2024 di Megastar Arena KL, telah diumumkan ditunda ke tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.
Menurut kenyataan rasmi penganjur, Kharisma International keputusan untuk menangguhkan konsert ini diambil atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.
Pihak penganjur turut memohon maaf atas kesulitan yang mungkin dihadapi oleh peminat, khususnya mereka yang telah membeli tiket.
Pihak penganjur menjelaskan bahawa tiket yang telah dibeli kekal sah untuk tarikh baharu.
Selain itu, pilihan untuk mendapatkan refund turut disediakan bagi mereka yang tidak dapat menghadiri konsert pada tarikh yang akan diumumkan nanti.
Para peminat dinasihatkan untuk terus mengikuti saluran komunikasi rasmi penganjur bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai konsert ini.
Konsert Maliq & D’Essentials dijangka menjadi salah satu acara muzik yang dinanti-nantikan, dan pihak penganjur menyatakan komitmen mereka untuk memastikan pengalaman terbaik bagi semua peminat.
Pihak penganjur mengucapkan terima kasih atas sokongan dan pemahaman yang diberikan.